PENGENALAN

CEO POTO Travel & Tours Sdn Bhd (POTO) telah menetapkan wawasan yang jelas iaitu untuk menerajui sektor “Muslim Package” serta memberikan mutu perkhidmatan LIMA BINTANG kepada pelanggan.  Kemunculan lebih banyak “Muslim Package” ke Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Eropah Timur adalah bukti nyata kepada kesungguhan beliau.  Keperluan kepada Tour Leader turut meningkat selari dengan penambahan pakej tersebut.

Namun dalam masa yang sama POTO juga dihujani dengan aduan-aduan ketidakpuasan pelanggan dengan perkhidmatan Tour Leader.  Hal demikian adalah satu petanda bahawa Tour Leader POTO belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih mencabar dan perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

SHINE ACADEMY mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan KURSUS KHAS TOUR LEADER - SEKTOR EROPAH, EROPAH TIMUR, AMERIKA SYARIKAT & AMERIKA SELATAN.  Kursus ini diadakan khas untuk Tour Leader yang telah dikenalpasti oleh POTO berpotensi untuk menggalas cabaran tersebut.  Hanya 15 tempat ditawarkan kepada Tour Leader freelance dan 5 tempat untuk kakitangan POTO.
   
OBJEKTIF

1.  Mengukuhkan sikap Professional, Dedikasi serta Bertanggungjawab.
2.  Meningkatkan kemahiran mengetuai lawatan:
             a) Kaedah komunikasi yang efektif
             b) Kaedah menyelesaikan masalah dengan positif
             c) Kaedah penyampaian maklumat yang berkesan
3.  Sebagai persediaan mengetuai lawatan ke Eropah, Amerika Syarikat & Amerika Selatan.
4.  Berkongsi pengalaman mengetuai lawatan.
5.  Mendedahkan kepada tugas sebenar Tour Leader melalui lawatan ke Singapura.
6.  Meninjau prospek menjadi Tour Leader bagi tahun 2013 & 2014.

SYARAT PENYERTAAN

HANYA mereka yang telah dikenalpasti berpotensi oleh POTO Travel sahaja yang layak menyertai kursus ini.

METODOLOGI LATIHAN

1.    Penyampaian secara syarahan
2.    Latihan amali melalui simulasi
3.    Melaksanakan tugasan sebenar melalui lawatan
4.    Problem Based Learning (PBL)
5.    Kajian kes

KANDUNGAN KURSUS

 1.    Tanggungjawab & peranan Tour Leader.
 2.    Tour Leader Professional, Dedikasi & Bertanggungjawab.
 3.    Taklimat Insuran.
 4.    Teknik mempromosi Produk Optional.
 5.    Latihan menggunakan pengangkutan awam di luar negara.
 6.    Latihan mengurus peserta di tempat lawatan, restoran.
 7.    Mengurus ‘expectation’ peserta.
 8.    “Team Building”.
 9.    Komunikasi Efektif.
10.  “Handling Problem”.
11.  Kajian Kes.
12.  Bengkel Mengetuai Lawatan ke Eropah London.
13.  “Problem Solving”.
14.  Solat Jamak, Masbuk dll.

UJIAN & PENILAIAN

Peserta akan menjalani DUA ujian iaitu:
1.    Ujian mengurus lawatan dan peserta rombongan semasa lawatan ke Singapura.
2.    Ujian mempromosi “Optional Tour”.

Peserta juga akan dinilai sepanjang kursus berlangsung. Penilaian adalah berdasarkan:
-      Ketepatan masa
-      Kerjasama antara peserta
-      Kesopanan
-      Tanggungjawab terhadap tugas
-      Disiplin yang tinggi
-      Personaliti yang baik
-      Komunikasi yang jelas
      -   Kebolehan menyelesai masalah

SIJIL

Sijil akan diberikan kepada mereka yang lulus sahaja.

KEISTIMEWAAN 

Mereka yang lulus akan ditawarkan mengetuai lawatan ke salah satu destinasi di Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Eropah dan Eropah Timur.

YURAN PENYERTAAN 

Yuran penyertaan ialah sebanyak RM1,500.00 seorang bagi kursus selama EMPAT hari yang merangkumi:
           -   Bayaran tenaga pengajar, fasilitator & konsultan
            -   Nota & bahan latihan
            -   Alat bantu mengajar
            -   Dewan kuliah & kemudahan
            -   Pengangkutan pergi balik Kuala Lumpur- Singapura -Kuala Lumpur
            -   Penginapan untuk 4 hari 3 malam
            -   Makan & minum sepanjang kursus kecuali semasa lawatan ke Singapura

TERMA & SYARAT


1.    Setelah menerima borang permohonan yang lengkap, kami akan mengesahkan penyertaan anda.
2.    Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyertaan disahkan. Resit pembayaran hendaklah difaks atau diemelkan kepada INZ Vision sebagai bukti.
3.     Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh kurang dari 14 hari sebelum kursus bermula.  Walau bagaimanapun, pengganti dibenarkan dan tiada caj tambahan dikenakan.
4.    Pihak akademi berhak membuat apa-apa pindaan/ perubahan kepada tarikh kursus, tempat kursus, modul latihan dan fasilitator sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan.


                                                                           

No comments:

Post a Comment